fbpx

Wanita panggil bomba tangkap ular ghaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan proses ‘penangkapan’ di perkarangan balai bomba. - Instagram

JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Gresik, wilayah Jawa Timur berdepan detik seram apabila diminta oleh seorang wanita untuk menangkap dan menghalau ular ghaib, lapor portal berita Lambe Turah semalam. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @ely_fitmom menunjukkan seorang wanita berbaju ‘kelawar’ datang ke balai bomba dan meminta mereka menangkap ular di dalam rumahnya. 

Selepas mendengar aduan tersebut, pasukan bomba segera mengambil peralatan khas. 

Situasi bertambah cemas apabila wanita terbabit menyebut bahawa ular ghaib itu telah mengikutinya ke balai bomba.

Seorang anggota bomba kemudian menjadi dukun dan melakukan proses ‘penangkapan’. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 680,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“‘Abang’ bomba boleh tolong menguruskan negara tak?” kata seorang netizen. 

“Bomba adalah penyelamat semua masalah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI