PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki bertindak kasar dengan seorang warga emas yang dipercayai menjadi punca kepada satu kemalangan mendapat kecaman orang ramai.
Menerusi sebuah rakaman yang tular di Thread, penunggang motosikal itu dilihat memarahi pemandu berkenaan yang masih berada di dalam kenderaannya.
Penunggang tersebut kelihatan menarik kunci kereta warga emas tersebut sambil memaki hamun dan cuba untuk memukul pemandu tersebut.
Bagaimanapun, pemandu berkenaan kelihatan tidak melawan dan seolah-olah takut dengan tindakan penunggang motosikal terbabit dan beberapa lagi pengguna jalan raya lain yang turut mengepung kenderaannya.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut yang dikatakan biadab.
“Ya, tahu mungkin pak cik tu salah, tapi boleh cakap baik-baik. Tak perlu guna kata-kata kesat, mungkin pak cik itu panik juga dalam masa sama otak dia tengah ‘recall’ apa yang jadi,” kata Naa.
“Nak marah silakan tapi kalau dah sampai bawa sekampung nak pukul orang tua tu..,” kata Azrul.
“Samseng sangat budak ni acah nak pukul orang berumur yang tak melawan. Bawa bincang elok-eloklah,” kata Hijabrockers. – KOSMO! ONLINE
View on Threads