fbpx

[VIDEO] Adik yang terkunci, abang pula menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis kerana adiknya terkunci di dalam bilik.

PETALING JAYA – Gelagat spontan seorang kanak-kanak lelaki yang menangis kerana dipercayai tidak sengaja menyebabkan adik perempuannya terkunci di dalam bilik mencuri perhatian netizen di media sosial.

Menurut perkongsian ibu kanak-kanak tersebut dilihat berusaha keras membuka pintu bilik yang tertutup rapat sambil menangis, menendang dan menumbuk pintu kerana risaukan keselamatan adiknya.

“Abang ‘sorry’ (minta maaf) Aina, sekejap abang guna kunci,” kata kanak-kanak lelaki berkenaan.

Kata ibunya, kanak-kanak lelaki tersebut terus memujuk adiknya yang terkunci bagi memastikan adiknya tidak cemas dan berada dalam keadaan selamat.

“Mummy tenang sahaja sebab tahu ada kunci ‘spare’ (pendua) cuma kena cari sahaja di mana, tapi tenang tak tenang juga sehingga sudah fikir juga nak pecahkan tombol pintu itu,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip tersebut.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen, memuji sikap prihatin dan tanggungjawab kanak-kanak lelaki itu terhadap adiknya.

“Terharunya bila dia minta maaf kepada adiknya. Akak telah melahir dan membesarkan seorang lelaki sejati kak,” kata Syaii.

“Percayalah, apabila sudah besar nanti memang masaklah sesiapa yang buat adik dia menangis,” komen Karl Fritz.

“Aku boleh bayangkan abangnya membesar jadi susuk tubuh lelaki yang sangat melindungi terhadap adiknya. Mantap abang,” ujar Veloura99. -KOSMO! ONLINE

@nurainizailani636Kejadian 9 july 25, mummy tenang sbb tau ada kunci spare cuma kene cari je kat mana 😌 tapi tenang tak tenang juga dh pikir nak pecah je tombol pintu guna kuasa boboiboy tumbukan padu 😒

♬ Mission Impossible – Adam Clayton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI