fbpx

Turunkan iklan vape atau dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim ketika sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Semua peniaga vape rokok elektronik (Vape) digesa menurunkan iklan produk tersebut secepat mungkin sebelum dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, ini berikutan terdapat peniaga yang masih berdegil meskipun arahan telah dikeluarkan sebelum ini.

“Isu vape ini sangat popular dan hangat kerana ada pihak yang sokong dan bantah penjualan dan penggunaan vape.

“Saman akan dikenakan kepada mereka selain peniaga perlu membayar kos menurunkan iklan kepada pihak PBT sekiranya gagal melakukan seperti diarahkan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kata Suee Lim, pihaknya masih menggunakan pendekatan advokasi kepada peniaga supaya mereka mendengar saranan yang telah dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Penguatkuasaan hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat arahan daripada Exco Kesihatan negeri, Jamaliah Jamaluddin memandangkan portfolionya menjalankan kerja penyelidikan mengenai vape.

“Saya kena rujuk Jamaliah semula bila tarikh akhir peniaga ini perlu menurunkan iklan vape yang mereka jual,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI