fbpx

‘Tolonglah jangan menyusahkan orang lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba sebelum merempuh sebuah kereta.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang berlumba di lebuh raya sehingga merempuh sebuah kereta mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Sebuah rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal terbabit saling menghimpit antara satu sama lain menyebabkan salah seorangnya melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan.

“Tolonglah jangan menyusahkan orang lain, kereta sudah bawa elok dah tiba-tiba kena langgar” tulis seorang pengguna di dalam hantaran tersebut.

Kebanyakan orang ramai di ruangan komen menyuarakan rasa simpati terhadap nasib pemilik kereta yang menjadi mangsa dalam insiden itu dan menyifatkan sikap tidak bertanggungjawab penunggang motosikal terbabit.

“Kesian dekat pemandu kereta itu. Lepas itu nak kena pakai insurans kereta sendiri pula sebab salah orang lain,” ujar Mohd Razi.

“Eloklah itu, masing-masing tidak mahu mengalah nak tunjuk hebat akhir sekali mendapat, kesian pemilik kereta itu pun kena sekali,” balas Wea Ysukuzr.

Dalam pada itu, orang ramai turut berpendapat golongan penunggang motosikal yang bersikap demikian hanya memberikan kesan negatif kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Mereka ini aneh betullah, nak banggakan siapa eh geng mat rempit ni. Beria berlumba macam bagus selepas itu menyusahkan orang lain,” komen Nazirul Eonkar.

“Suka menyusahkan orang mereka ini, ada duit ke nak bayar kereta orang kena langgar,” kata Muhd Rizal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI