fbpx

SPRM cari Sofian bantu siasatan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPRM sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah yang sedang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Sofian Abu Bakar berusia 49 tahun dengan alamat terakhir di No 4, Jalan Sri Laguna 6/1, Taman Sri Laguna, 81200 Johor Bahru, Johor.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sharon Aileen Anak Bidi di talian 019-8913783 atau 084-311982.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berhubung individu berkenaan ke email [email protected],” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI