fbpx

Skuad B-23 idam pasang langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD muda negara bakal membuka tirai saingan Piala Asean B-23 dengan aksi menentang Filipina hari ini. - FB MALAYSIA NT

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara tekad untuk memulakan saingan Piala Asean B-23 2025 dengan langkah kanan apabila berdepan misi wajib menang pada aksi pertama Kumpulan A menentang Filipina di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta hari ini.

Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Nafuzi Zain mengakui pasukan tidak perlu fikir terlalu jauh sebaliknya fokus memburu tiga mata penting apabila bertemu pasukan junior The Azkals nanti.

“Kalau saya lebih fokus harus diberikan pada perlawanan pertama kita bertemu Filipina kerana ini adalah titik permulaan buat pasukan jika mahu melangkah jauh pada kejohanan ini.

“Sudah tentu kita mahu meraih keputusan positif, tetapi itu pun belum menjanjikan apa-apa. Namun, jika menang, kita boleh cakap pasukan sudah sebelah kaki (ke separuh akhir).

“Justeru, saya boleh katakan perlawanan bertemu Filipina adalah aksi wajib menang dan selepas itu baru kita boleh tumpukan aksi menentang Brunei dan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah skuad muda Harimau Malaya, Muhammad Abu Khalil berharap dapat menggunakan pengalaman beraksi di luar negara untuk membantu pasukan mencapai misi yang ditetapkan pada kali ini.

Kata Muhammad, semua pemain optimis dengan peluang pasukan untuk mencipta sejarah dengan menjulang trofi berprestij peringkat belia itu buat kali pertama.

“Saya akan menggunakan pengalaman berkelana ke Liga Jepun dan Liga Thailand sebelum ini untuk membantu pasukan.

“Corak permainan saya juga semakin matang dan sudah tentu kalau boleh, kita mahu bergelar juara pada kempen kali ini,” katanya.

Selepas aksi bertemu Filipina, skuad B-23 negara akan fokus bertemu Brunei pada Jumaat ini sebelum menentang ujian getir berdepan Garuda Muda di venue yang sama pada 21 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI