fbpx

Semakan undang-undang selaraskan peraturan maritim Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (tiga dari kiri) merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2025 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

PETALING JAYA – Semakan undang-undang maritim Malaysia oleh Kerajaan Persekutuan bertujuan menyelaraskan peraturan di seluruh negara, bukan bertujuan untuk memusatkan kuasa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semakan tersebut tidak mengambil alih kuasa negeri iaitu Sabah dan Sarawak, malah hak maritim di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dihormati sepenuhnya.

“Jika terdapat ketidakselarasan antara undang-undang di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kita boleh menyelaraskannya dengan persetujuan semua pihak,” katanya ditemui pemberita pada Minggu
Maritim Malaysia 2025 di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, kedua-dua kerajaan negeri malah terlibat dalam semakan undang-undang yang sedang berjalan dan melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Maritim.

Ujar beliau, jawatankuasa tersebut kini sedang menyemak enam undang-undang utama berkaitan maritim termasuk Ordinan Perkapalan Malaysia, Ordinan Perkapalan Saudagar Sabah dan Sarawak serta perundangan berkaitan operasi dan penswastaan pelabuhan.

Jelas beliau, banyak undang-undang terbabir ditulis beberapa dekad yang lalu termasuk sebelum merdeka yang tidak lagi mencerminkan keperluan industri masa kini.

Justeru, katanya, ia perlu dikemas kini supaya sektor maritim negara kekal berdaya saing dan bersedia untuk menghadapi masa depan.

Tambah beliau, jawatankuasa itu diberi tempoh satu tahun, namun kerajaan bersedia untuk melaksanakan sebarang perubahan yang dicadangkan walaupun ia siap lebih awal.

Selain itu, katanya, kerajaan sedang merangka rang undang-undang baharu untuk menubuhkan sebuah mahkamah khas bagi kes-kes maritim di bawah struktur Mahkamah Tinggi sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI