fbpx

‘Saya sempat cucuk mata buaya dengan jari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dennis terbaring di dalam perahu sementara menunggu bantuan daripada penduduk kampung.

MIRI – “Saya diseret ke dasar sungai, saya sempat cucuk matanya dengan jari, barulah buaya itu lepaskan saya.”

Demikian kata Dennis Karon, 39, ketika menceritakan detik ngeri selepas disambar buaya ketika sedang menyelam untuk melepaskan jala yang tersangkut di Loagan Tebabui, Kuala Tutoh, Baram dekat sini pada petang 12 Julai lalu.

Mangsa kini dirawat di Hospital Miri kerana mengalami kecederaan di tangan, punggung dan paha akibat gigitan buaya tersebut.

Kisah Dennis itu turut tular di media sosial, dengan kejadian berlaku semasa mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Tutoh bersama-sama abang dan rakannya pergi menjala ikan kira-kira pukul 10 pagi di Loagan Tebabui yang terletak di seberang kampungnya.

Ketika hendak menjala ikan, mereka mendapati banyak buih kecil dari dasar sungai dan terus menebar jala ke arah buih tersebut.

Bagaimanapun, jala tersebut tersangkut lalu mangsa dan abangnya terjun ke dalam sungai bagi melepaskan jala yang tersangkut itu.

Ketika menyelam, Dennis telah disambar buaya dan abangnya cuba membantu namun telah dilibas oleh buaya tersebut dengan ekornya.

Setelah kira-kira 10 minit, Dennis tiba-tiba muncul lalu memanggil kedua-dua mereka yang masih berada di dalam perahu agar mengambilnya kerana buaya tersebut mahu menyerangnya lagi.

Dengan pantas kedua-duanya mengayuh perahu ke arahnya untuk menyelamatkannya.

Sejurus selepas itu, abang mangsa dan rakannya terus menghubungi orang kampung untuk mendapatkan bantuan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI