fbpx

Ribut petir landa Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, amaran itu melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terjejas termasuk Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang,” katanya.

Bagi Kelantan, cuaca buruk dijangka tertumpu di kawasan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang, manakala di Terengganu kawasan yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Selain itu, di Sarawak, kawasan dijangka mengalami hujan lebat ialah Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

“Cuaca sama turut melanda Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI