fbpx

‘Ramai tidak percaya nama saya My Love’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasha pada awalnya tidak menyukai namanya. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita dari wilayah Jawa Tengah menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai nama unik iaitu My Love Fasha Rahmadini, lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam sebuah video tular di TikTok, wanita yang lebih mesra disapa Fasha itu berkongsikan kad pengenalannya yang tertulis nama sebenarnya.

Menurut Fasha, dia sering disalah anggap oleh orang lain yang menyangka namanya sebagai nama samaran kekasih seseorang.

“Saya pernah diserang seorang wanita kerana menyangka saya ialah kekasih gelap teman lelakinya.

“Ini kerana lelaki itu menulis nama saya sebagai ‘My Love’ pada telefon bimbitnya,” kata Fasha.

Menurut wanita tersebut, bapanya memberikan nama unik itu kerana sudah lama berharap untuk memiliki anak perempuan.

“Adik beradik saya semuanya lelaki. Selepas mendapat anak perempuan, ibu dan bapa menamakan saya My Love Fasha Rahmadini,” katanya.

Tambah Fasha, ibunya sakit untuk melahirkan dia ketika waktu sahur pada bulan Ramadan, yang menjadi asal usul nama Rahmadini.

“Pada awalnya saya berasa malu mempunyai nama seperti itu kerana ramai orang enggan mempercayainya.

“Namun, lama kelamaan, saya mula menyukainya kerana berpendapat ia adalah lucu,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI