JIKA melihat kepada senario semasa, kelihatan seakan politik negara berada di ambang bahaya. Parti pembangkang dan pihak-pihak yang mendakwa non-partisan begitu agresif melakukan serangan demi serangan terhadap kerajaan khususnya di media-media sosial. Sementara siri demonstrasi sudah jelas mula diatur ‘pihak tertentu’ termasuk melibatkan kelompok pelajar universiti di kampus serta di lokasi tumpuan ramai, malah seruan-seruan semakin kuat disebar supaya rakyat menyertai perhimpunan mega akhir bulan ini. Biar atas apa pun nama dan alasan perhimpunan tersebut mahu dilaksanakan, pastinya matlamat atau……