fbpx

PM umum pelantikan Ketua Hakim Negara selepas perkenan Majlis Raja-Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ditemui pemberita pada Minggu Maritim Malaysia 2025 di Petaling Jaya, Selangor hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan keputusan mengenai pelantikan bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara yang baharu akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Anwar akan membuat pengumuman selepas mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja yang dijadual bersidang dari 15 hingga 17 Julai ini.

“Saya rasa kita semua telah mendapat gambaran menyeluruh daripada Perdana Menteri. Beliau telah memaklumkan dan memberi taklimat kepada Jemaah Menteri dari semasa ke semasa.

“Semalam satu gambaran keseluruhan telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan supaya mereka juga mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita pada Minggu Maritim Malaysia 2025 di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP diminta mengulas mengenai pendirian partinya selepas taklimat tertutup oleh Anwar kepada Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) mengenai isu kehakiman semasa.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan Perdana Menteri menghadiri perjumpaan dengan Ahli Parlimen PH di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Jumaat lalu, Anwar turut mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Kompleks Seri Perdana.

Difahamkan, pertemuan itu bagi memperkukuhkan persefahaman dan menjelaskan beberapa isu membabitkan dasar kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI