fbpx

Perolehan LMS, MRSS dimuktamadkan selepas pembentangan RMK-13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled pada sidang akbar selepas Majlis Peluncuran Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025 di Hotel Royale Chulan hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memaklumkan perolehan kapal pesisir pantai (LMS) Batch 3 serta kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) dari Itali akan dimuktamadkan selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) hujung bulan ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini Itali dan Perancis telah menyatakan kesediaan untuk menawarkan kemudahan kewangan sekiranya Malaysia membuat sebarang perolehan melibatkan aset yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan permohonan keperluan aset pertahanan itu selepas pembentangan RMK-13 yang dijadualkan pada 31 Julai nanti.

“Dalam lawatan ke Perancis dan Itali baru-baru ini, negara berkenaan menyatakan kesediaan untuk menawarkan kemudahan kewangan sekiranya Malaysia membuat sebarang perolehan melibatkan aset yang dikeluarkan oleh negara-negara berkenaan.

“Ia supaya apa-apa soal kewangan tidak menjadi kekangan Malaysia untuk mendapatkan aset pertahanan. Namun, kita tunggu pembentangan RMK-13 yang dijangka pada 31 Julai nanti untuk mengetahui apa yang kerajaan setuju dan yang telah kita mohon untuk aset-aset penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Peluncuran Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2025 di Hotel Royale Chulan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tawaran kemudahan kewangan itu merupakan isyarat komitmen Perancis dan Itali untuk menjadi rakan kongsi pertahanan dengan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI