fbpx

Pengasas eHati, suami ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pasangan suami isteri yang merupakan pengasas bersama syarikat berkaitan program motivasi, eHati ditahan polis, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

“Pengasas eHati dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil termasuk serbuan dan tangkapan lain,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan siasatan polis terhadap program motivasi rumah tangga eHati yang mencetuskan kontroversi kini ditumpukan kepada tiga jenis kesalahan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan terhadap program itu sebelum ini telah dimulakan melalui pembukaan kertas inkuari polis (KEP).

Katanya, hasil siasatan lanjut, kes tersebut kini telah diklasifikasikan dibawah kertas siasatan Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dakwaan dapat dinilai dengan adil.

“Sehubungan itu, pihak polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program tersebut untuk dirakam percakapan dibawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI