fbpx

Patung beruang diperbuat daripada ‘kulit manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung beruang yang ditemukan di hadapan kedai serbaneka dekat bandar Victorville kelmarin. - Etsy

SAN BERNARDINO, CALIFORNIA – Pengunjung sebuah kedai serbaneka di negeri California, terkejut apabila menemui sebuah anak patung beruang yang dikatakan diperbuat daripada kulit manusia, lapor akhbar Metro UK. 

Penemuan mengejutkan itu berlaku di bandar Victorville dalam daerah San Bernardino, kelmarin. 

Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan orang ramai. 

Imej di media sosial menunjukkan patung beruang itu dijahit dengan bahan seperti kulit manusia dan dilumuri warna merah seperti darah. 

Pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada patung tersebut diperbuat daripada kulit manusia. 

Pereka seni daripada Dark Seed Creations, Robert Kelly bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa patung itu merupakan salah satu rekaannya yang diperbuat daripada lateks. 

“Salah satu anak  patung beruang kulit saya terlibat dalam gurauan yang menarik perhatian polis! 

“Saya yang mencipta patung itu. Saya menghantar patung berkenaan kepada seorang pelanggan di Victorville minggu lepas. Anda juga boleh membuat pesanan,” kata Kelly di laman Facebook. 

Anak patung beruang itu dijual pada harga AS$165 (RM702) setiap satu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI