fbpx

‘Otai’ didakwa pecah rumah, bawa lari pemanas air, vakum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ARIF didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng, Batu Pahat atas pertuduhan pecah rumah serta melanggara perintah POCA.

BATU PAHAT – Seorang pembantu kedai tayar yang sedang berhadapan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, hari ini atas pertuduhan sama serta melanggar perintah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Tertuduh, Mohamad Arif Rosie, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah rumah milik suami isteri berusia 30 tahun dan melarikan pemanas air, vakum, penyaman udara, televisyen, dapur elektrik dan set meja bulat.

Perbuatan itu dilakukan di Desa Murni, Jalan Kluang, di sini, 6.30 petang, 27 Oktober tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melanggar syarat pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan tanpa kebenaran Ketua Polis Daerah di Batu 6, Panchor, Jalan Kluang, kira-kira pukul 2.40 pagi, 2 Oktober tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (2) (f) Akta POCA 1959, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (4) akta sama (Akta 297).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menetapkan 12 Ogos ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam dengan tertuduh juga dibenarkan ikat jamin RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Selain itu, mahkamah mengenakan syarat tambahan yang mana tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI