fbpx

Malakoff teroka projek tenaga bersih di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar Majlis menandatangani MoU antara Malakoff dengan EESB di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak, hari ini.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Evergreen Earth Sdn. Bhd. (EESB) bagi meneroka pembangunan loji janakuasa fotovolta suria (PV) dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui (TBB) lain di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak, hari ini.

Antara inisiatif utama yang diperkenalkan ialah Projek Tenaga Hijau yang disifatkan sebagai langkah penting dalam mempercepatkan peralihan tenaga bersih negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, kerjasama itu selari dengan usaha negeri itu dalam mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

“Pihak kami menyokong usaha Sarawak dalam membentuk landskap tenaga lebih lestari dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Kedua-dua organisasi akan bekerjasama dalam pelbagai inisiatif termasuk kajian kebolehlaksanaan, penilaian tapak, strategi pembangunan projek dan model kerjasama tempatan bagi projek tenaga suria serta usaha tenaga hijau lain,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kerjasama tersebut turut merangkumi perkongsian kepakaran teknikal, pandangan terhadap peraturan dan maklumat pasaran, selain usaha bersama untuk berinteraksi dengan pihak berkuasa serta pemegang taruh bagi mendapatkan kelulusan dan integrasi ke dalam grid.

“Projek ini juga dijangka membuka peluang pekerjaan baharu, meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur luar bandar.

“Setakat ini, syarikat kami sudah memiliki kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 198 megawatt (MW), termasuk tenaga suria, tenaga daripada sisa dan hidro kecil.

“Sehingga Jun 2025, kapasiti solar bumbung syarikat itu mencecah 63.6 MW,” tambahnya.

Tambahnya, inisiatif ini turut menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 negeri tersebut dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Majlis yang diadakan bersempena International Energy Week 2025 itu turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI