fbpx

KPWKM iktiraf Yayasan Chow Kit perjuang hak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (dua kanan) pada majlis pelancaran buku The Foundling karya pengasas bersama YCK merangkap aktivis kanak-kanak, Dr. Hartini.

KUALA LUMPUR – Yayasan Chow Kit (YCK) melakar satu lagi pencapaian penting apabila secara rasmi diiktiraf sebagai pusat sehenti bagi kanak-kanak terpinggir oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengiktirafan ini diberikan atas peranan besar YCK dalam menyediakan perlindungan, pendidikan serta perkhidmatan sokongan menyeluruh kepada golongan kanak-kanak tanpa kerakyatan, terabai dan dari komuniti marginal.

“Model pusat sehenti yang diterajui YCK ini boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh pusat-pusat aktiviti kanak-kanak di seluruh negara.

“Kementerian komited untuk menyokong inisiatif yang selari dengan agenda perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran buku The Foundling karya pengasas bersama YCK merangkap aktivis kanak-kanak, Dr. Hartini Zainudin, serta pelancaran Program Duta Kanak-Kanak YCK di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut merangkumi pelancaran Program Duta Kanak-Kanak YCK, yang bertujuan menggalakkan penglibatan aktif kanak-kanak dalam memperjuangkan hak dan menyuarakan pandangan mereka.

Sementara itu, Datuk Dr. Hartini berkata, YCK yang telah lebih sedekad menabur bakti dalam memperjuangkan nasib kanak-kanak marginal, turut mendapat sokongan padu daripada Yayasan Sime Darby (YSD).

“Dalam memperjuangkan hak kanak-kanak, kita tidak boleh hanya bercakap bagi pihak mereka, kita perlu pastikan mereka sendiri mampu bersuara, dengan jelas dan dihormati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI