fbpx

Kerajaan tidak ada niat kawal Majlis Media Malaysia – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akbbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sebagai Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan tidak ada niat untuk campur tangan atau mengawal peranan Majlis Media Malaysia (MMM).

Namun, katanya, daripada aspek perundangan atau pendanaan, pihak kementerian akan terus bersama-sama membantu bagi membolehkan MMM bergerak dengan lebih lancar terutama pada tahun-tahun awal penubuhannya.

“Saya lihat di masa depan tak mustahil Majlis Media Malaysia boleh beroperasi secara sepenuhnya dan berdikari, itu tidak menjadi masalah dan terpulang kepada lembaga pengasas kelak untuk mempertimbangkan metode, apakah cara-caranya.

“Tapi sekiranya perlu, semestinya pihak kerajaan akan sentiasa mendampingi untuk membantu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai Anggota Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia di sini hari ini.

Fahmi menyampaikan enam daripada 12 watikah pelantikan kepada anggota lembaga pengasas MMM yang dilantik berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang kewartawanan, media, akademik dan komunikasi.

Pelantikan itu adalah susulan daripada penggubalan Akta MMM 2025 [Akta 868] yang mula berkuat kuasa pada 14 Jun lalu.

MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia yang memperkasakan industri media di Malaysia.

Dalam memilih lembaga pengasas, Fahmi berkata, beliau dan pasukan meneliti serta mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk komposisi dari pelbagai kaum, jantina, negeri, wilayah dan latar belakang.

Sementara itu, ditanya berhubung pendanaan, Fahmi menjelaskan kementerian akan mengadakan perbincangan bersama MMM untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang diperlukan oleh mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI