fbpx

Kebocoran LTP, penternakan lembu punca Sungai Batu jadi hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sungai Batu bertukar hitam yang dikaitkan dengan Tapak Pelupusan Sampah Sungai Udang, Melaka.

MELAKA – Kebocoran Loji Rawatan Larut Resap (LTP) Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang dan aktiviti penternakan haiwan dikenal pasti sebagai punca pencemaran Sungai Batu di Kampung Paya Rumput Jaya di sini, minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, kebocoran di LTP disebabkan oleh lebihan kapasiti yang terpaksa ditampung loji berkenaan.

Beliau berkata, buat masa ini loji itu hanya mampu menampung sebanyak 300 meter kubik padu berbanding kapasiti semasa sebanyak 800 meter kubik padu.

RAIS

“Bagi penyelesaian jangka pendek projek menaik taraf kapasiti LTP kepada 800 meter kubik padu sedang dilaksanakan. Tender untuk pembinaan sel baharu pula telah bermula dan saya difahamkan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM50 juta.

“Sel baharu ini dijangka siap pada Februari tahun depan, setelah siap sel kedua ini dapat membantu mengurangkan kapasiti sel sedia ada sekali gus mengelakkan berlakunya kebocoran di LTP,” katanya ketika ditemui pemberita di Tabika Kemas Hang Jebat di sini, hari ini.

Minggu lalu, hampir 50 petani dan penternak serta penduduk sekitar terjejas selepas berlaku pencemaran di Sungai Batu yang menyebabkan warna air bertukar hitam dan mengeluarkan bau busuk.

Tambah Rais, penternakan lembu berhampiran kawasan sumber air turut menyumbang kepada pencemaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI