fbpx

Imej pesawat pengebom milik AS Air Force berlegar di Saratok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej menyerupai sebuah pesawat pengebom B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat di ruang udara berdekatan salah sebuah rumah panjang di Saratok, baru-baru ini.

SARATOK – Pihak berkuasa berkaitan sedang menyiasat kelibat imej menyerupai sebuah pesawat pengebom menyerupai B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat (U.S. Air Force) di ruang udara berdekatan salah sebuah rumah panjang di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, siasatan melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Saratok dengan pihak berkuasa lain seperti Tentera Udara DiRaja Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menjelas lanjut, beliau berkata ia bagi mengenal pasti kemungkinan berlakunya pencerobohan ruang udara atau penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan suasana panik masyarakat umum.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kesahihan termasuk lokasi sebenar imej dirakam, individu yang memuat naik serta tujuan penyebarannya.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak sahih atau menimbulkan kegusaran awam melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Mathew berkata pihaknya telah mengesan ciapan di media sosial pada 13 Julai lalu, yang menyiarkan satu imej didakwa seperti kelibat sebuah pesawat pengebom menyerupai B-2 Spirit milik Tentera Udara Amerika Syarikat di ruang udara berdekatan salah sebuah rumah panjang di Saratok.

Katanya pemerhatian awal mendapati, imej tersebut menyerupai pesawat pengebom B-2 yang sedang terbang, namun kesahihannya masih belum dapat dipastikan.

Mathew juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubunginya di talian 012-8854849. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI