fbpx

Enam ahli sindiket peras ugut seksual didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT tertuduh dari kiri Abdul Rahufur, Chun Kit, Tze Hau dan Chee Fei didakwa atas tuduhan sindiket penipuan seks dan pemerasan dalam talian di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Enam ahli sindiket peras ugut seksual didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini atas tujuh pertuduhan termasuk mengeksploitasi dan menghasilkan bahan lucah melibatkan remaja bawah umur.

Di hadapan Hakim Thalha Bachok, lima suspek iaitu Sham Chee Fei, 33, Kuek Pei Lin, 19, Lee Chun Kit, 28, Tommy Voo Tze Hau, 27, dan seorang tertuduh juvana lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan tiga pertuduhan, empat lelaki dan seorang wanita itu didakwa memperdagangkan remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun bagi maksud eksploitasi kerja serta seorang lelaki berusia 26 tahun bagi maksud sama dengan cara pemerdayaan.

Manakala itu, di hadapan Hakim Nor Aziati Jaafar pula, Pei Lin, Tze Hau dan tertuduh juvana juga mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan lain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak terhadap dua mangsa remaja yang sama dalam bentuk video dan gambar.

Sementara itu, seorang lagi ahli sindiket, Abdul Rahufur Rahim Idris, 30, juga mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menyuruh mangsa remaja perempuan melakukan aktiviti bersifat seksual terhadap mangsa remaja lelaki.

Pada masa sama, Chun Kit juga mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan mempunyai bahan penganiayaan seksual kanak-kanak sebanyak dua keping gambar dan dua video dalam telefon bimbit miliknya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir dan Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Abd. Kadir; Gary Ng Boon Hui dan N. Moganeysha.

Kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin antara RM6,000 hingga RM35,000 setiap seorang, beserta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi, lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan tarikh 13 Ogos, 14 Ogos dan 19 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI