fbpx

Disamakan dengan babi, Syasya Rizal nak saman netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dicemuh sehingga ada yang menyamakan dirinya sama seperti babi, Syasya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen.

PETALING JAYA – Isu terjamah daging babi masih dijadikan bahan kecaman, Syasya Rizal memberi amaran bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyamakan wajahnya dengan haiwan itu.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkata, komen segelintir netizen disifatkan biadab dan keterlaluan sehingga sanggup menghinanya.

“Berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Nak tegur, silakan tapi biar beradab. Bukan dengan cara menghina atau menjatuhkan maruah orang lain.

“Teguran tak akan sampai bila dibalut dengan caci maki dan untuk peringatan, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melangkaui batas tak sepatutnya,” katanya membalas komen pelayar media sosial.

Perkara tersebut tercetus selepas tular sebuah video memaparkan bekas anggota Dolla itu dipercayai tanpa sengaja terjamah daging khinzir.

Kemudian, dalam ruangan komen terdapat individu yang mengutuk dan menyamakannya dengan haiwan tersebut.

Begitupun, Syasya menjelaskan restoran yang dikunjunginya ketika percutian di China itu mempunyai label halal.

Bahkan, tegas ibu kepada seorang anak yang turut ditemani suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie, mereka tidak sewenang-wenangnya menikmati hidangan di tempat yang meragukan.

Syasya juga mengakui ketika itu seleranya terus hilang selepas mengetahui perkara sebenar selain trauma berdepan insiden tersebut.

Sedar kekhilafan diri, dia menegaskan sudah mengambil iktibar selain memohon orang ramai mendoakannya agar menjadi Muslimah lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI