BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerima tawaran sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW) berkuatkuasa serta-merta.
Annuar berkata, keputusan menggalas tanggungjawab itu dibuat bagi memulihkan semula bola sepak Kelantan yang pernah melalui zaman kegemilangan sebelum ini.
Menurutnya, sebelum membuat keputusan beliau telah duduk semeja dengan pengurusan untuk mendapatkan gambaran penuh berkaitan landskap pasukan.
Annuar memberitahu, beliau membantu Kelantan-TRW memberi saingan kepada pasukan kuat yang beraksi di Liga Super pada musim 2025-2026.
Namun, katanya Kelantan-TRW juga mahu lebih realistik apabila menyasarkan untuk berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik. – KOSMO! ONLINE