fbpx

Agong berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 yang berlangsung di Istana Negara.

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar yang hadir sebagai wakil rasmi kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

Pra-Mesyuarat MRR merupakan sebahagian daripada proses persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dijadual berlangsung tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI