fbpx

9 lelaki warga asing ditahan bergaduh di tapak bina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata di sebuah tapak pembinaan di Bangsar, di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 4.53 petang.

“Kesemua suspek merupakan lelaki warganegara asing berumur 24 hinga 37 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati pergaduhan tersebut melibatkan penggunaan senjata seperti batang besi dan topi keselamatan.

“Antara barang rampasan yang disita di lokasi kejadian ialah enam topi keselamatan berwarna kuning dan tiga batang besi ‘scaffolding’ dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu,” jelasnya.

Tambah Ahmad Firdaus, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Katanya, semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini dan direman selama empat hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Pihak Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terlibat
dengan sebarang aktiviti pergaduhan kerana boleh dikenakan tindakan
undang-undang,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta menyalurkannya kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI