PETALING JAYA – Seorang bayi bernasib baik apabila tidak dapat dilarikan seekor monyet ketika meniarap di ruang tamu rumahnya dipercayai kerana badannya berat.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh Yana Rahman1231 memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), haiwan itu menceroboh rumah melalui celah pintu jeriji yang terbuka sebelum meluru ke arah bayi tersebut.
Haiwan liar itu dilihat cuba mengangkat bayi berkenaan, namun usahanya gagal dipercayai kerana terlalu berat.
“Alhamdulillah tak dapat angkat sebab bayi gemuk, tetapi dalam rumah pun sudah tidak selamat sekarang,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berasa cemas dan menasihatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati terutama sekiranya tinggal di kawasan berhampiran hutan atau lokasi yang sering menjadi laluan haiwan liar.
“Tak boleh bayang kalau monyet itu berjaya angkat, entah ke mana dan apa yang dia buat dekat bayi ini sebab sudah banyak kes seperti ini terjadi,” kata Amelia Balqis.
“Bahaya ini, kalau kena gigit ke hospitallah jawabnya. Wahai pencinta haiwan, tolong selesaikan masalah ini,” komen M. Shafiq.
“Bahaya ye tinggal bayi kalau kawasan rumah ada monyet, sebab monyet kalau nampak bayi tak kisah bayi kucing ke apa ia akan angkat bawa ke tempat tinggi dan akan cuba bunuh setiap bayi yang dilihat,” balas Chakey -KOSMO! ONLINE
@yanarahman1231 Alhamdulillah tak dpt angkat sbb baby gemuk #cctv #monyetliar #fyp ♬ original sound – Dewi🥀