fbpx

[VIDEO] Pakai BMW, tapi tol ‘tumpang’ orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi kereta BMW ketika melalui tol terbabit.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta jenis BMW culas membayar tol dan ‘menumpang’ kereta lain mendapat kecaman pengguna di media sosial.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, kereta BMW berwarna biru itu berjaya meloloskan diri dengan ‘menumpang’ kereta di hadapannya.

Berdasarkan klip video tersebut, pemandu BMW terlebih dahulu memberi laluan kepada kereta mangsa sebelum menyalakan lampu isyarat kecemasan.

Kemudian, selepas kereta mangsa membayar tol, kelihatan kereta BMW itu memecut laju sebelum palang dijatuhkan.

Aksi pemandu BWM tersebut telah dirakam video papan pemuka kereta mangsa, namun tidak dapat dipastikan lokasi tol berkenaan dan waktu tepat kejadian tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu BMW tersebut kerana culas membayar tol dan menyusahkan pengguna kenderaan lain.

“Buat malu je, nak bergaya tol pun kedekut nak bayar,” tulis Rozana Ismail.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hairudin Dinangah.

“Sepatutnya lepaskan palang sikit tunggu palang jatuh baru tekan terus,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI