fbpx

[VIDEO] ‘Dia ingat dia halimunan ke? Main masuk sahaja!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita yang meluru masuk ke dalam sebuah kedai makan dipercayai untuk pukau pekerja kedai tersebut.

PETALING JAYA – Pekerja sebuah kedai makan berkongsi detik cemas apabila terpaksa berdepan seorang seorang wanita yang dilihat dipercayai membuat percubaan samun dan pukau di kedai makan di Klang.

Menurut perkongsian Sotong Besar memaparkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai tersebut kelihatan seorang perempuan yang tiba-tiba memasuki kedai itu dan meluru ke arah kaunter pembayaran.

Menyedari situasi aneh tersebut, seorang lagi pekerja di kedai tersebut bergegas memanggil pekerja-pekerja lelaki menyebabkan wanita mencurigakan itu melarikan diri dari lokasi.

“Hari ini kami dikunjungi seorang wanita tak pasti untuk samun atau pukau pekerja yang duduk dekat kaunter pembayaran sebab dia masuk sahaja terus pergi ke situ.

“Nasib baik pekerja wanita itu terus jerik panggil pekerja lelaki yang lain. Wanita yang cuba samun itu pun bergegas keluar dari situ,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip itu.

Menerusi ruangan komen, orang ramai turut terkejut dengan tindakan wanita berkenaan yang disifatkan berani meskipun ramai orang di dalam kedai makan tersebut.

“Saya rasa ada dua kemungkinan niat tidak baik. Satu, memang sebab nak pukau tetapi tak menjadi. Kedua dia nak tinggalkan sesuatu sebab tengok gaya macam dia sentuh pekerja dekat kaunter itu dan terus pergi,” kata Noi Nadya.

“Memang dia sudah pukau tengok cara dia sentuh akak yang jaga kaunter itu,” komen Miss Yuyu.

“Dia ingat orang tak nampak dia ke? Berlagak macam halimunan kenapa ye. Dia memang tak pukau tak menjadi,” balas Meyy. -KOSMO! ONLINE

@sotongbesar.officialHati-Hati kepada peniaga harini kami dikunjungi seorang wanita tak pasti untuk samun atau nak pukau Pekerja cashier ni Sotong Besar Cawangan Klang..datang masuk kedai terus pergi ke area cashier..Nasib Baik Cashier kami jerit panggil staff lelaki terus keluar dari tempat cashier..ada tak yg pernah kena atau cam perempuan dalam video ni

♬ original sound – Sotong Besar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI