fbpx

Trossard mungkin tinggalkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TROSSARD

LONDON – Bintang Arsenal, Leandro Trossard dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Turki, Fenerbahce dalam satu perpindahan mengejut bagi menyertai skuad kendalian Jose Mourinho.

Menurut laporan, pemain sayap Belgium berusia 30 tahun itu sedia untuk memulakan lembaran baharu dalam kariernya selepas gagal mendapatkan tempat tetap dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Mikel Arteta.

Difahamkan, Mourinho secara peribadi telah mengadakan perbincangan dengan Trossard dan berjaya meyakinkan bekas pemain Brighton itu untuk menyertai projeknya di Istanbul.

Trossard telah menunjukkan minat untuk berpindah ke Turki untuk bekerjasama dengan Mourinho di Fenerbahce biarpun dia yang menyertai Arsenal pada Januari 2023 menjadi kegemaran penyokong kerana aksi lincah dan sumbangan penting sebagai pemain gantian.

Fenerbahce dijangka membayar yuran perpindahan sekitar £17 juta (RM102.10 juta) termasuk tambahan dan Trossard turut dilaporkan akan menerima kenaikan gaji ketara sebagai sebahagian daripada pakej perpindahan.

Musim lalu, Fenerbahce sekadar menamatkan saingan liga di tangga kedua di belakang juara utama, Galatasaray menyebabkan Mourinho aktif memperkuatkan skuad bagi memburu kejuaraan musim depan.

Fenerbahce sebelum ini telah melengkapkan perpindahan penyerang Colombia, Jhon Duran dari Al Nassr secara pinjaman. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI