fbpx

‘Tiga orang sakit dalam rumah ini, tiap bulan duit tak cukup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROHANI (kiri) ditemani Emylia menjaga Latib di rumahnya di Kampung Kundur Hulu, Rembau semalam.

REMBAU – Seorang wanita tabah menguruskan suami dan dua anaknya yang sakit secara bersendirian dan hanya bergantung kepada wang pencen suaminya, Latib Ibrahim, 70, yang pernah berkhidmat sebagai anggota tentera sebanyak RM1,200 sebulan.

Rohani Mustafa, 69, berkata, suaminya kini sukar bergerak dan terlantar di atas katil selepas terjatuh di bilik air pada bulan lalu dan perlu memakai lampin pakai buang.

Katanya, anak keduanya, Muhamad Hafizi, 41, pula merupakan pesakit obesiti dengan berat kira-kira 200 kilogram dan baru dimasukkan ke Hospital Rembau di sini kelmarin, disebabkan masalah penyakitnya itu.

Katanya, anak keduanya itu yang mulai sakit sejak empat tahun lalu akibat kemalangan dan tidak dapat bekerja.

Ujarnya, wang pencen tersebut digunakan untuk membayar bil elektrik yang agak tinggi dan selebihnya digunakan untuk membeli keperluan harian termasuk makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

“Memang setiap bulan akan ada kekurangan wang kerana semuanya habis digunakan.

“Saya dalam proses memohon bantuan berupa lampin pakai buang dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi mengurangkan beban kewangan kami sekeluarga,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kundur Hulu, di sini semalam.

Menurutnya, anak ketiganya, Emylia, 40, yang sebelum ini be­kerja menambah pendapatan keluarga dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih kini tidak dapat berbuat demikian kerana mengalami masalah tidak boleh berdiri terlalu lama selepas menjalani pembedahan tukar tulang sendi baru-baru ini.

“Saya turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, namun dia juga berdepan keka­ngan kewangan selepas suami­nya dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung,” katanya.

Sesiapa yang bersimpati dan ingin menghulurkan sumba­ngan boleh me­nyalurkannya ke akaun CIMB Bank bernombor 7605253107 atas nama Rohani Mustafa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI