fbpx

Terperangkap dalam lubang pembetung tanpa seurat benang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACK terperangkap di dalam parit kumbahan di Bangkok. - Foto ThaiRath

BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) terperangkap di dalam lubang pembetung di luar sebuah kondominium di Bangkok dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Anggota-anggota polis tiba di luar sebuah kondominium di Jalan Kanlapaphruek setelah menerima maklumat tentang lelaki tersebut.

Mereka tiba selepas pengurus kondominium itu melaporkan melihat seorang lelaki warga asing berbogel terjun ke dalam sistem pembentung dan terperangkap.

Mereka tiba selepas pengurus kondominium itu melaporkan melihat seorang lelaki warga asing berbogel terjun ke dalam sistem pkumbahan dan terperangkap.

Mangsa yang dikenali sebagai Jack merupakan warga AS dan berusia 28 tahun. 

Pasukan penyelamat mendapati bahawa kakinya terperangkap di sebatang paip yang disambungkan ke terusan berhampiran.

Ketika usaha menyelamat dijalankan, mereka menggunakan peralatan penggerudian untuk membesarkan bukaan parit kumbahan bagi membolehkan mangsa ditarik keluar. 

Namun, apabila anggota penyelamat memasuki lubang itu untuk menyelamatkannya, mangsa cuba melarikan diri. Ia mendorong pasukan itu menahannya dengan tali dan cuba menariknya keluar.

Mangsa terus melawan, menggigit pergelangan tangan seorang penyelamat dan merosakkan jam tangannya.

Anggota penyelamat terpaksa mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum membawanya ke hospital terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI