fbpx

Swiatek ulangi memori 114 tahun Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK (kiri) merangkul kejuaraan pertama di Wimbledon dengan prestasi yang cukup memukau pada aksi final menewaskan Anisimova. - AFP

LONDON – Impian Iga Swiatek untuk menjulang gelaran di pentas Wimbledon buat kali pertama akhirnya menjadi kenyataan selepas garang membenam pemain Amerika Syarikat (AS) Amanda Anisimova menerusi keputusan straight-set 6-0, 6-0 di pentas final awal pagi semalam.

Biarpun Swiatek turun dengan status juara Grand Slam lima kali dan pernah menghuni ranking nombor satu dunia, tidak pernah melepasi peringkat suku akhir di WImbledon.

Kemenangan ke atas pemain pilihan ke-13 itu bukan sahaja melengkapkan koleksi kejuaraan Grand Slam Swiatek di ketiga-tiga jenis permukaan gelanggang rumput, tanah liat dan keras, malah mencipta sejarah apabila menjadi kemenangan paling dominan dalam final Wimbledon wanita sejak 1911.

Ketika itu, Dorothea Lambert Chambers dari Britain turut meraih kemenangan 6-0, 6-0 untuk menjulang Wimbledon tanpa memberi mata kepada lawannya dan kali terakhir final mudah seperti itu diraih oleh Steffi Graf ketika membenam Natasha Zvereva Terbuka Perancis 1988.

“Saya sendiri pun rasa macam tak percaya dengan kemenangan yang saya capai pada hari ini. Saya rasa tenis terus mengejutkan dan saya pun tak sangka boleh sampai ke tahap ini.

“Saya sangat gembira dengan keseluruhan proses ini, sejak hari pertama kami jejakkan kaki ke gelanggang rumput. Rasanya kami lakukan segala-galanya ke arah kejayaan ini tanpa terlalu mengharap, cuma fokus bekerja keras,” katanya.

Kemenangan tersebut sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan selama lebih setahun buat Swiatek yang sebelum ini digantung seketika selepas isu doping akibat ubat tidur melatonin tercemar.

Lebih manis, Swiatek yang sebelum ini sudah menjulang kejuaraan Terbuka Perancis sebanyak empat kali dan Terbuka AS, juga menjadi pemain wanita termuda selepas Serena Williams (2002) memenangi Grand Slam di gelanggang permukaan rumput, tanah liat dan keras.

Swiatek juga merekodkan 100 kemenangan daripada 120 perlawanan Grand Slam, menjadikannya pemain terpantas mencapai angka itu sejak Serena Williams pada 2004.

Anisimova yang membuka kempen Wimbledon dengan kemenangan 6-0, 6-0 ke atas Yulia Putintseva sebelum ini, gagal mengulangi persembahan cemerlang malah mengakui kehabisan tenaga di pentas akhir.

“Saya memang tak cukup bagus hari ini. Tapi saya akan terus bekerja keras dan harap dapat kembali ke tahap ini sekali lagi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI