fbpx

Shuhaily buat lawatan mengejut ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Fazli (kanan) menyantuni Mohd. Shuhaily (dua kanan) yang sedang melakukan lawatan kerja ke CIQ BSI di Johor Bahru awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain melakukan lawatan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, pihaknya terserempak dengan Mohd. Suhaily ketika melakukan pemantauan rutin di bangunan berkenaan.

“Saya merakamkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AKPS. Terima kasih diucapkan kerana meluangkan masa turun ke CIQ BSI untuk melihat sendiri pengurusan dan operasi penyuraian trafik di sini,” katanya.

Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri yakin pelantikan Mohd. Shuhaily itu mampu membantu menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang teruk khususnya di CIQ BSI.

“BSI memainkan peranan besar bukan sahaja kepada Johor, tetapi juga imej dan keberkesanan sistem sempadan negara.

“Kerajaan negeri komited untuk bekerjasama rapat dengan AKPS dalam usaha memperkasa sistem pengurusan sempadan agar lebih efisien, mesra pengguna dan selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan,” katanya.

Beliau yakin Mohd. Shuhaily mampu membawa nafas baharu dan solusi yang mampan dalam menangani isu-isu di lapangan.-KOSMO! ONLINE

Habis.//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI