fbpx

‘Setiap kali ke sini, lagu Malaysia Truly Asia bermain di fikiran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minnie berkata, dia berasa sangat teruja setiap kali berkunjung ke Malaysia disebabkan banyak perkara. - FARIZ RUSADIO & IG MINNIE

PETALING JAYA – Anggota kumpulan K-pop, i-dle iaitu Minnie berasa sangat teruja setiap kali berkunjung ke Malaysia kerana baginya negara ini mempunyai banyak persamaan dengan tanah kelahirannya, Thailand.

Minnie atau nama sebenarnya, Nicha Yontararak, 27, berkata, banyak perkara yang membuatkan dirinya sentiasa teringatkan Malaysia termasuklah lagu Malaysia Truly Asia.

“Pertama sekali, saya sangat sukakan cuaca di sini. Cuaca di Malaysia sama sahaja seperti di Thailand.

“Kemudian, ketika saya masih kecil, saya selalu dengar lagu bunyinya seperti ‘Malaysia Truly Asia’. Tak pasti lagu itu iklan atau apa.

“Setiap kali saya datang ke Malaysia, lagu ini akan bermain di fikiran saya. Terus saya tak fikir panjang, Okay, ‘I’m going to Malaysia’ (saya akan ke Malaysia),” katanya yang membuat kemunculan pada majlis pelancaran perisa baharu ecoBrown’s di pusat beli-belah di 1 Utama, Damansara kelmarin.

Dalam pada itu, Minnie jatuh cinta dengan keindahan pulau-pulau di Malaysia terutama di Sabah dan semestinya, durian.

“Saya sukakan pulau. Saya ingin sekali (lagi) pergi ke Pulau Manukan, Sabah. Air di sana sangat cantik dan jernih. Mungkin ada masa, saya akan kembali ke sana.

“Selain itu, semestinya saya akan cuba semua makan terutama durian. Dengar cerita durian di sini berbeza di Thailand. Tapi saya tak boleh makan banyak sebab durian kolesterol tinggi,” katanya.

Minnie merupakan salah seorang ahli kumpulan K-pop popular yang turut dianggotai Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, Shuhua.

Bernaung di bawah Cube Entertainment, antara lagu popular mereka termasuklah Queencard, Pop/Star dan Tomboy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI