fbpx

Rapid On-Demand pelengkap sistem, bukan pengganti bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony pada Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu, turut hadir Presiden Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah (paling kanan), di Kompleks Rapid Bus Batu Caves. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Rapid On-Demand yang membawa penumpang ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan terminal bas bukan bertujuan menggantikan bas sedia ada, sebaliknya sebagai pelengkap sistem pengangkutan awam negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, konsep van atas permintaan itu mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna di kawasan yang mempunyai jalan-jalan kecil dan perumahan.

“Rapid On-Demand akan dikembangkan secara berfasa. Setakat ini, kita terima 300 buah van dan ia akan diperluaskan ikut keperluan.

“Saya amat mengalu-alukan untuk rakyat terus mengoptimumkan penggunaan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Namun beliau berkata, terdapat segelintir pihak yang beranggapan Rapid On-Demand akan menggantikan sepenuhnya perkhidmatan bas konvensional.

“Saya nak memperbetulkan persepsi itu. Van atas permintaan ini bukan pengganti bas. Ia pelengkap kepada sistem pengangkutan awam negara kita, khususnya bagi ‘first mile’ dan ‘last mile’.

“Bas tetap akan ditambah. Bas ini penting untuk perjalanan lebih jauh, manakala van pula di kawasan perumahan bagi membawa penumpang ke hab pengangkutan seperti stesen LRT dan terminal bas,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua perkhidmatan bas dan van perlu bergerak seiring bagi memastikan sistem pengangkutan awam lebih menyeluruh dan bersepadu demi kemudahan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI