fbpx

PPHM anjur Konvensyen Hokkien ASEAN pertama di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hok San (tengah) pada sidang akhbar ketika mengumumkan penganjuran Konvensyen Hokkien ASEAN 2025 kali pertama hari ini.

PETALING JAYA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (PPHM) akan menganjurkan Konvensyen Hokkien ASEAN Tahun 2025 kali pertama akan pada 28 Ogos depan.

Konvesyen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur itu merangkumi beberapa acara penting antaranya Forum Pembangunan Potensi ASEAN yang bermula pukul 8.30 pagi.

Kemudian diikuti Majlis Perasmian Muzium Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia dan kemuncaknya ialah Majlis Makan Malam Gala Sempena Anugerah Keusahawanan Hokkien Malaysia 2025 yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Presiden PPHM, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, persidangan ini diadakan sempena Malaysia sebagai Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Jelasnya, persidangan itu akan menjadikan acara ini salah satu aktiviti penting semasa tempoh Malaysia menjadi tuan rumah.

“Ini bukan sahaja satu penghormatan di pentas diplomatik, ekonomi dan kebudayaan, malah turut menunjukkan perpaduan komuniti
Hokkien serta potensi besar para usahawan kita,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hok San yang juga Presiden Gabungan Persatuan Fujian ASEAN yang pertama berharap agar persidangan itu membawa pelbagai manfaat strategik seperti merangsang pemulihan sektor pelancongan dan perkhidmatan tempatan dengan ketibaan wakil-wakil dari pelbagai negara.

Selain itu katanya, persidangan itu juga diharap dapat newujudkan peluang pelaburan dan kerjasama perniagaan, serta mengukuhkan hubungan antara negara-negara ASEAN, China dan komuniti Hokkien di luar negara.

“Saya juga berharap agar persidangan ini dapat meningkatkan keupayaan produk dan syarikat tempatan menembusi pasaran
serantau dan global sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI