fbpx

Pengguna domestik di Perlis kekal nikmati kadar tarif air terendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP) memberi jaminan bahawa pengguna domestik akan kekal menikmati kadar tarif air paling rendah sekiranya pelarasan tarif baharu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, semakan semula kadar tarif itu merupakan langkah penting bagi memastikan perkhidmatan bekalan air dapat dikekalkan dalam keadaan cekap dan mampan.

“SPAN akan menilai secara menyeluruh berdasarkan data dan kerajaan negeri yakin langkah ini dilaksanakan secara bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang memaklumkan menerima permohonan pelarasan tarif air daripada 10 operator negeri.

Menurutnya, SAP telah mengemukakan cadangan pelarasan tersebut kepada SPAN bersama sembilan lagi operator air di negeri lain.

“Langkah ini dilaksanakan berpandukan Tariff Setting Mechanism (TSM) yang mengambil kira pelbagai faktor seperti kos operasi, caj ICPT (Pelepasan Kos Tidak Berimbang) dan keperluan menaik taraf aset,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI