fbpx

Penganjur eHATI antara 50 individu akan dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR JANAAN AI

SHAH ALAM – Polis Selangor akan memanggil seramai 50 individu bagi membantu siasatan berkaitan program motivasi rumah tangga eHATI yang menjadi kontroversi ketika ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini termasuk merakam keterangan daripads pasangan suami isteri yang dipercayai penganjur program tersebut.

Katanya, keterangan lain juga akan diambil melibatkan daripada para peserta program itu.

“Kita akan panggil 50 individu namun siapa dan bila mereka akan diambil keterangan, saya tak dapat kongsikan lagi.

“(Tetapi) keterangan daripada pasangan suami isteri (penganjur program) akan diambil terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya mengenai perkembangan dakwaan penggunaan air mengkhayalkan dikenali ‘ Air Piya’, Hussein memaklumkan sampel air berkenaan masih dalam proses siasatan.

“Kita belum hantar (sampel ) ke makmal forensik lagi. Justeru belum dapat disahkan (kandungannya mengandungi bahan-bahan terlarang sehingga mengkhayalkan),” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan satu kertas siasatan inkuri polis dibuka termasuk bagi menyiasat kesahihan ‘Air Piya’ berkenaan.

Penganjuran eHATI di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lalu yang mencetuskan kontroversi hangat disifatkan sebagai program motivasi rumah tangga ‘terlampau’ yang me­langgar syariat Islam.

Pengarah Jabatan Agama Is­lam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad dipetik berkata, perbuatan yang dilakukan dalam program itu dianggap keterlaluan, memalukan dan mencemarkan imej baik agama Islam.

Jelasnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atas kesalahan doktrin palsu dengan JAIS akan memanggil beberapa individu berkaitan, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI