fbpx

Pemancing lemas, bot langgar kayu hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa ditemukan kira-kira 28 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang di Sungai Lengkor di Pekan hari ini.

PEKAN – Kegembiraan empat sahabat memancing udang berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas akibat terjatuh ke dalam sungai selepas bot dinaiki melanggar sebatang kayu di Sungai Lengkor di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Fahrol, 37, yang merupakan warganegara Indonesia ditemukan lemas oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.10 pagi tadi, 28 meter daripada lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga rakannya menaiki bot untuk memancing di Sungai Lengkor kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

“Apabila sampai di kawasan berhampiran Kampung Sungai Pinang di sini, tiba-tiba bot dinaiki mangsa terlanggar sebatang kayu besar menyebabkan mangsa dan rakan-rakannya terpelanting ke dalam sungai. Tiga rakan-rakan mangsa sempat naik semula ke atas bot manakala mangsa telah hilang,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, rakan-rakan mangsa yang gagal menemukan mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 4.25 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI