fbpx

Malaysia sasar tingkat nilai dagangan dengan New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid turut berkongsi gambar beliau di New Zealand di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia menyasarkan peningkatan nilai perdagangan dengan New Zealand sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030, hasil daripada pengukuhan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang strategik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu seiring peningkatan penggunaan manfaat perjanjian perdagangan seperti ASEAN-Australia-New Zealand Free Trade Area (AANZFTA) yang melonjak daripada RM5.8 bilion pada 2016 kepada RM12.9 bilion pada 2023.

“Malaysia juga terus memanfaatkan Malaysia-New Zealand Free Trade Agreement dalam memperkukuh jaringan ekonomi dan perdagangan dua hala,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri sesi libat urus bersama ASEAN-New Zealand Business Council di Auckland hari ini.

Menurut beliau, masa depan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara akan memberi tumpuan kepada sektor tenaga boleh baharu, ekonomi digital melalui MyDIGITAL, inovasi teknologi, sekuriti makanan, industri halal dan pendidikan.

“Sesi ini bukan sekadar forum perniagaan, tetapi memperlihatkan hubungan erat antara Malaysia dan New Zealand yang telah terjalin selama beberapa dekad,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha ini diyakini mampu memberi limpahan pelaburan asing berkualiti, memperluas akses pasaran untuk produk tempatan, serta mencipta peluang dagangan baharu yang lebih mampan.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI