fbpx
Keadaan jari kaki yang luka dan membengkak (gambar kecil) akibat termasuk selumbar.

Luahan Pembaca: Masuk selumbar pun nak ‘ketuk’ RM11,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Saya terpanggil untuk mengulas mengenai perkhidmatan sebuah hospital swasta di Lembah Klang yang dilihat sengaja membesar-besarkan kes kecemasan bagi mengenakan caj yang tinggi.

Kisahnya bermula apabila saya mahu mendapatkan rawatan selepas jari kaki semakin membengkak akibat terkena selumbar.

Keputusan ke hospital swasta ketika itu kerana beranggapan bengkak kaki hanya diubati dengan cuci atau torehan dan ubat-ubatan sahaja.

Namun, sangkaan saya meleset apabila doktor di unit kecemasan itu mahu pesakit dimasukkan ke wad dan menjalani rawatan bius satu badan.

Apabila ditanya soal harga, doktor berkenaan menyatakan bayaran dianggarkan sekitar lima angka iaitu RM11,000 ke atas. Ini caj dikenakan sekiranya membayar secara tunai, jika menggunakan insurans tidak tahu pula kos dikenakan.

Disebabkan kos yang mahal itu, saya memilih ke hospital kerajaan dan rawatan hanya sebagai pesakit luar.

Saya kesal hospital swasta itu seolah-olah mahu mengenakan caj yang mahal kepada pesakit termasuk kemasukan ke wad walhal perkara itu tidak perlu.

MAK CIK KANTIN
SELANGOR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN