fbpx

Lelaki ditahan kelar leher bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan stabil.

SUBANG JAYA – Seorang penuntut wanita cedera selepas diserang dan dikelar bekas teman lelakinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah universiti swasta di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.30 petang.

“Siasatan awal mendapati wanita asing berusia 20 tahun itu cedera dikelar di leher selepas diserang suspek yang juga warga asing.

“Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah untuk rawatan lanjut. Keadaan mangsa dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa berusia 21 tahun ditahan polis selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadizah Ajamin menerusi 019-858 2166. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI