fbpx

KTMB bukan sekadar kejar untung – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony pada Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu di Kompleks Rapid Bus Batu Caves, Kuala Lumpur hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menegaskan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bukan beroperasi semata-mata untuk mengejar keuntungan, sebaliknya berperanan sebagai penyedia perkhidmatan awam kepada rakyat.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya tujuan KTMB adalah untuk mencapai keuntungan, langkah seperti menaikkan kadar tambang sebenarnya boleh dipertimbangkan, namun ia bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan keperluan rakyat juga harus diambil kira.

“Kalau kita nak untung, kita naikkan kadar tambang, memang akan untung. Tapi adakah rakyat boleh terima?,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. hari ini.

Anthony berkata, KTMB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan dana pembiayaan oleh kerajaan untuk menampung kekurangan kos operasi dan buat masa ini ia mereka belum mencapai tahap pulang modal (break even point).

“Memang dari segi operasi kita belum capai tahap itu (keuntungan). Tetapi itu bukan isunya. Yang penting ialah memastikan operasi KTMB terus dipertingkatkan terutamanya perkhidmatan komuter, ETS dan kargo,” jelasnya.

Beliau memaklumkan, keuntungan KTMB setakat ini hanya disumbangkan oleh sektor kargo dan perkhidmatan ETS, manakala perkhidmatan komuter pula terus mencatatkan kerugian kerana kadar tambangnya yang rendah.

“Dari segi kargo, kita memang sudah mencatat keuntungan. Apa yang kita peroleh daripada sektor kargo dan ETS kita gunakan untuk menampung operasi komuter.

“KTMB ini GLC, dia ada tanggungjawab sosial. Bukan soal keuntungan yang kita utamakan tetapi sudah tentu kita akan pastikan mereka kekal stabil dari sudut kewangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI