PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas pemergian kucing peliharaannya, Kiky hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran milik bekas Presiden UMNO di Facebook.
Najib berkata, Kiky merupakan haiwan peliharaan yang baik dan sering bermanja dengannya setiap masa.
“Kiky, Kiky dah tak ada guys.
“Terima kasih Ya Allah aturkan Kiky dalam hidup saya selama ini.
“Sangat baik dan manja dia. Tiap tiap hari dia tunggu balik dari kerja kat depan pintu.Rehatlah Kiky,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE.