fbpx

Kejayaan manis Marquez aksi ke-200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ meraikan kejayannya menjuarai GP Jerman di Litar Sachsenring semalam. - AFP

DRESDEN, Jerman – Marc Marquez mengakui memiliki ramuan tersendiri ketika memenangi perlumbaan ke-200 dalam kariernya pada Grand Prix (GP) Jerman yang berlangsung di Litar Sachsenring semalam.

Pada perlumbaan yang dicemari pelbagai insiden pelumba terjatuh, bintang Ducati itu terpaksa memberikan lebih perhatian kepada keadaan litar bagi mengelak ditimpa nasib sama.

Marquez berkata, dia terpaksa melihat dan mengelak kesan tayar di atas trek kerana ia boleh menjadi salah satu punca jentera hilang keseimbangan seterusnya menyebabkan kesukaran untuk membrek dan terjatuh.

“Saya cuba untuk memberikan sepenuh fokus dan faham sesuatu mengenai perlumbaan hari ini (malam kelmarin). Saya dapat rasakan ada angin di selekoh pertama, jadi lebih berhati-hati ketika membrek.

“Kemudian, saya dapat lihat kesan tayar pelumba-pelumba lain yang terjatuh, ia membuatkan saya semakin berjaga-jaga. Jika saya brek di tempat sama, saya juga mungkin akan terjatuh,” katanya.

Mengiringi Marquez di pentas podium selepas tamat perlumbaan ialah adiknya, Alex yang beraksi bersama Gresini Racing di tempat kedua, manakala tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukannya di Ducati, Francesco Bagnaia.

“Sesuatu yang cukup hebat dan bermakna dapat menamatkan perlumbaan ke-200 dengan kemenangan. Lebih manis, Litar Sachsenring juga sentiasa dekat di hati kerana saya cukup cemerlang di sini,” ujar Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI