fbpx

Dr. Mahathir sudah pulih, mohon maaf tinggalkan program ‘picnic’ awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di Instagram Dr. Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memohon maaf kerana terpaksa pulang awal dari Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya semalam.

Dr. Mahathir dalam satu hantaran video di Instagramnya berkata, beliau terpaksa tinggalkan majlis tersebut kerana berasa terlalu letih dan dinasihatkan oleh doktor untuk terus ke hospital.

“Saya mohon maaf kerana semalam saya tidak dapat bersama di waktu kita ada ‘picnic’ yang mana banyak ribu orang yang hadir tetapi oleh kerana saya rasa terlalu letih dan terpaksa berehat dan doktor suruh pergi hospital,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau kini sudah kembali sihat dan boleh menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa.

“Sekarang ini saya sudah pulih setelah dirawat oleh doktor dan saya boleh teruskan cara hidup sayalah iaitu bekerja.

“Saya harap dimaafkan saya kerana tidak dapat bersama-sama semasa ‘picnic’ semalam, terima kasih,” katanya.

Terdahulu, program tersebut diadakan sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr. Mahathir tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri kenderaan sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.

Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan program kira-kira pukul 10 pagi namun sempat beramah mesra dan bergambar dengan orang ramai yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI