fbpx

Banduan lolos sembunyi dalam bagasi rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana penjara Corbas dirakam pada 20 Februari 2019. - Getty Images

PARIS – Seorang banduan di Perancis meloloskan diri dari penjara dengan menyeludup keluar melalui beg pakaian milik rakannya yang dibebaskan, lapor saluran berita CNN semalam.

Banduan tersebut ditahan di penjara Corbas, bandar Lyon.

Pengarah pentadbiran penjara Perancis, Sebastien Cauwel berkata, siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.

“Ini adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku dan tidak pernah kita lihat dalam pentadbiran penjara. Ia jelas menunjukkan satu siri kegagalan serius,” kata Cauwel sambil menambah, penjara Corbas kini sesak.

Menurutnya, kadar penghuni mencecah sekitar 170 peratus.

“Keadaan ini sekali gus menyukarkan lagi tugasan harian para pegawai kami,” kata Cauwel.

Banduan yang meloloskan diri itu sedang menjalani beberapa hukuman penjara dan turut disiasat atas pembabitannya dalam kes jenayah terancang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI