fbpx

Baby Shark, PlayStation dedikasi buat Jota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ meniru gaya jaringan ‘Baby Shark’ sering dilakukan Jota ketika meledak gol menentang Preston semalam. - AFP

PRESTON – Penggempur sensasi Liverpool, Darwin Nunez seakan ‘dilahirkan semula’ selepas beraksi cemerlang meledak satu gol menewaskan Preston 3-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Deepdale semalam.

Nunez, 26, sentiasa dikritik disebabkan penyudah tumpul dan sering mensia-siakan peluang sehingga dikaitkan bakal meninggalkan Anfield dalam jendela perpindahan ketika ini.

Bagaimanapun, penyerang utama Uruguay itu yang kini tampil dengan potongan gaya rambut baharu sejak kematian Diogo Jota dua minggu lalu, seakan mahu membuktikan sesuatu kali ini.

Nunez mendedikasikan jaringannya kepada Jota dengan melakukan gaya tarian ‘Baby Shark’ sebelum menghasilkan pose bermain playstation seperti sering dilakukan rakan karibnya itu.

NUNEZ mendedikasikan jaringannya ketika menentang Preston semalam buat Jota. – AFP

“Saya tahu hari ini awak (Jota) meraikannya bersama-sama saya,” tulis Nunez dalam laman Instagram miliknya.

Dua lagi gol Liverpool dalam perlawanan pertama sejak kematian Jota, hadir menerusi Conor Bradley dan Cody Gakpo.

“Tiada lebih penting daripada apa yang sudah berlaku. Namun, kami adalah sebuah kelab bola sepak dan kami perlu terus berlatih untuk menghadapi perlawanan sama ada suka ataupun tidak.

“Sekarang adalah waktu sukar buat semua orang tetapi saya beritahu pemain supaya mereka lakukan apa yang terbaik untuk menangani situasi seperti ini,” kata pengurus Liverpool, Arne Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI